petang td, ktrg main GETAH lagi la kan.. mengalahkan budak kecik pulak..haha.. tapi tadi agak meriah sikit berbanding semalam sebab jumlah peserta bertambah. budak lelaki pun ada join *walaupun untuk seketika saje sebab dorang x lepas untuk melompat lebih tinggi dari paras pinggang ktrg* dorg ni tinggal dekat2 area umah sewa ktrg ni gak rasanya. Nampak gaya, dorg tertarik & terkesima tgk ktrg duk asyik melompat2
tapi, ktrg ade jugak tanye samada dorang tau x permainan apa ni.. & jawapan yg diterima agak mendukacitakan sebab dorg x tau apa permainan yg ktrg main.. hurmm.. memang betul tekaan ktrg..permainan tradisi makin dilupakan terutamanya oleh generasi2 baru.. jadi, adalah menjadi salah satu tanggungjawab kemasyarakatan ktrg untuk tunjukkan yg permainan ini belum pupus sepenuhnya.. *tapi sampai bila yek…*
p/s: sempat jugak main “rumah terbakar panggil bomba, bomba datang berlumba-lumba” *disebabkan kt & member2 kt berasal dari tempat/daerah/negeri yg berlainan, maka, versi lagu untuk permainan ni pun sangatlah berbeza.. apa2 jenis lagu pun, game ni memang meletihkan,menghiburkan & menyihatkan.. hehe.. sekian..
***************************************************
Dah beberapa hari kt melakukan sekatan makanan terhadap diri sendiri. Bukan disebabkan ada embargo, bukan juga disebabkan oleh masalah kebuluran.. namun ini semua adalah kesedaran diri sendiri untuk lebih berjimat-cermat di saat kesempitan wang..
walaupun tidak didorong oleh intrinsic motivation, namun, tindakan ni mungkin berbaloi jugak untuk menurunkan berat badan yang semakin bertambah.. bukannya parents x boleh bagi duit belanja tapi malas je nak mintak kat dorg.. x pelah, I will survive!! At least dapat jugak belajar berbelanja ikut kemampuan.
Ni semua disebabkan biasiswa JPA yg masuk agak lambat kali ni.. pengumuman kat laman web u menyatakan sebelum perayaan krismas duit akan diberikan, namun sehingga ke saat ini, sezarah kuman pun belum dapat lagi.. nasib baik semester kali ni x banyak memerlukan buku baru lagi.. kebanyakannya sambungan daripada subjek semester lepas. Ini bermakna, buku2 sem lepas maseh boleh diguna pakai untuk sem baru ni.. *nasib baik*
Terima kasih JPA.. dah hampir seminggu kt menjamah mi goreng *segera*..
tapi, untuk hari ni (breakfast + lunch), kt hanya makan nasi lemak sepinggan.. dinner pulak; 2 keping roti gardenia, 1 paket sup cendawan dengan krouton (Campbells) yg dibeli sebelum masuk sem hari tuh & kuih lidah sumbangan sham dari sabah *sangat menyelerakan* .. Alhamdulillah..
kuih lidah yg diperbuat daripada tepung,gula,susu,planta etc ;) sedaaap!! |
2 comments:
ada-ada jek korang ni main permainan rakyat la kononnya ni???? hahahaha
yesss!!! hehehe.. ya pon datang join tadi.. dengan berseluar jeans la kan kekdahnye.. hehehe.. nanti bila2 masa lapang, dtg la join ktrg ;)
Post a Comment