Powered By Blogger

Pages

click here

Best Multimedia Player
For DivX, HD and AVC video, movie, audio, DVD, YouTube
Showing posts with label sad. Show all posts

26 January 2011

merepek kerepek

okeyh.. barisan ayat/kata-kata di bawah ni,kt tak tau nak kategorikan sebagai apa...
ayat2 yg terhasil ni muncul tiba-tiba & mencurah2 ke ladang gandum dalam otak  masa tengah tunggu member wat urusan kat bank tadi..  

suka hati korg semua lah nak interpret maksud kata2 di bawah ni.. 
ini bukan lah ayat jiwang, cuma ayat mengisi masa lapang.. haha..  
kalau sudi baca, silalah baca.. kalau tak suka, abaikanlah sahaja.. okay! hehe.. 
 
egois menutup mata 
hati meronta-ronta
tangis melanda jiwa 
kaku berkata apa...

ku hanyut dibuai lamunan,
 
ku sedar di bawah khayalan, 
ku derita mengejar angan-angan,
lalu tersungkur memendam perasaan..

-sekian, ayat merepek untuk hari ni..hehe-

06 December 2010

pergi tak kembali

Harap maaf. Tiada sebarang entri akan dimasukkan ke dlm blog ini buat sementara waktu kerana penulis akan pulang ke kampung halaman abah (Taiping) menjelang subuh esok hari..

Ini adalah disebabkan oleh berita yang baru diterima oleh keluarga penulis bahawa moyang perempuan penulis (mak kepada opah a.k.a opah/nenek kepada abah) telah kembali ke rahmatullah pada jam lebih kurang 8pm tadi .. 

Semoga rohnya dicucuri rahmat & ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman.. Amin

Al-fatihah~

p/s: masa untuk mengemas baju sekarang ..

31 January 2009

sedih -_-

sy dlm mood sedih..
sy x sabar nak mule hidup baru...
;(
-hny sy yg phm ap yg sy katakan ni-

15 January 2009

kata2 ini lahir dari hati..

Semenanjung Gaza bermandikan darah,
bercahayakan bom mortar,
dibasahi dengan air mata..

kanak2, wanita dan warga tua,
lemah tidak berkuasa,
menentang anasir-anasir durjana..

penat sudah mereka meraung,
letih sudah mereka meratap,
tapi apakan daya,
bila perikemanusiaan semakin sirna,
keadilan entah ke mana,
kesaksamaan sudah pupus agaknya..

Israel,
hentikanlah segala agendamu,
semua propaganda kejammu itu..
dengarlah rayuan dunia..
tolonglah..

16 November 2008

kisah sedih -kisah dari email-

>"Abang ni, pakai tu elok-elok la sikit," kata Julia lembut sambil membetulkan pakaian Ahmad. Ahmad tersenyum memandang isterinya.

>"Cantik isteri abang hari ni," Ahmad mencubit pipi Julia lembut.

>"Ayah, ayah, cepat la yah," Liz dan Lin meluru masuk ke bilik kerana dah tak sabar-sabar nak bertolak pulang ke kampung.
>
>"Yelah, yelah, ayah dah siap ni."Julia hanya tersenyum melihat suaminya itu melayan karenah anak-anak mereka yang comel dan manja. "Abang, dah lama kita tak balik kampung macam ni, ye?"
>"Iyelah, maklumlah abang ni sibuk dengan urusan perniagaan. Baru kali ni abang ada peluang untuk cuti panjang." Ahmad berkata kepada isterinya tercinta.
>Perjalanan daripada KL ke Teluk Intan mengambil masa lebih kurang empat jam. Liz dan Lin dah pun terlelap kat kerusi belakang. Begitu juga dengan isterinya, Julia. "Tak sabar rasanya nak tiba kat kampung," Ahmad berkata dalam hati.
>Sedikit demi sedikit Ahmad menekan minyak keretanya. Semakin lama keretanya semakin laju dan Ahmad semakin seronok. Ahmad dah tak sabar untuk segera sampai ke kampungnya. Pedal minyak ditekannya lagi dan Honda Civicnya mula memecut.Ahmad cilok kiri, cilok kanan. Habis semua kenderaan dipotongnya. Bangga betul Ahmad masa tu.
>Terlupa dia sekejap pada anak dan isterinya yang sedang tidur.
"Eh abang, kenapa bawa laju sangat ni?" tiba-tiba Julia terjaga dari tidurnya.
>
>"Tak ada apa la sayang, rileks... cepat sikit kita sampai kampung nanti."
>
>"Sabar bang, sabar. Biar lambat tak apa.... jangan laju sangat bang, Julia takut."
>Julia cuba memujuk Ahmad supaya memperlahankan kenderaannya.
>
>"Rileks Julia, tak ada apa-apa," Ahmad terus memotong bas ekspres di depannya tanpa was-was.
>
>"Haaa..kan, tengok. Tak ada apa-apa kan?" kata Ahmad setelah berjaya memotong bas ekspres tadi.
>"Sudah la tu bang."
>"Ha... tu ada satu lagi bas ekspres. Julia tengok abang motong dia aaa...." Ahmad terus masuk gear 4, pedal minyak ditekannya hingga jejak ke lantai.
>Ahmad terus membelok ke kanan untuk memotong dan.... di depannya tersergam sebuah
>lori balak yang besar dan gagah dan..... BANG!!.
>
>"Julia....bangun nak," sayup-sayup terdengar suara emaknya.
>
>Julia membuka matanya. Dia terlihat emaknya di situ. "Mana abang Ahmad mak?
>Macam mana dengan suami saya, mak? Liza, Linda....mana anak-anak saya mak?"
>Bertubi-tubi Julia menyoal emaknya. Julia tak dapat menahan kesedihannya lagi. Julia
>menangis semahu-mahunya di depan emaknya. Emaknya memandang Julia tepat-tepat.
>
>"Macam mana dengan suami Julia mak, abang Ahmad?" Julia masih terus menangis.
>
>PANGGG!!!!.. Kepala Julia ditampar oleh emaknya dengan tiba-tiba. Julia
>terdiam. Kenapa emaknya buat dia macam tu?
>
>"Banyak la engkau punya suami! Muka dahlah tak cun, study pun malas,
>kerja pun takde, ada hati nak berlaki. Apa punya anak dara la kau ni?? Tu la, tidur lagi senja-senja macam ni! Dah! Bangun pegi sembahyang! Asar pun dah nak habis!" emaknya terus merungut sambil berlalu keluar....... dan Julia tersengih keseorangan. Rasa macam nak masuk dalam tin biskut! " hehehehe..malu gile!!

moral of the story:

1. jgn suke nak tido pas asar ye !! / jgn ske tdo time2 senja..
2. semayang lah anda sblum anda disemayangkan;)

-peace-

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails