Pages

click here

Best Multimedia Player
For DivX, HD and AVC video, movie, audio, DVD, YouTube

30 June 2010

world cup live-online

alang2 tgh duk online dalam bilik tido,, so tgk lah game world cup ( spain v portugal) online dkat website footyfire.. malas nak gerak dari katil punye pasal..haha;p

klu nak tgk CLICK HERE

Jepun kalah ..

Paraguay v Japan
0 (5) : 0 (3) *penalti*

Dua2 ni, antara pasukan bukan pilihan utk masuk pusingan ke-2 world cup tapi dorg berjaya jugak masuk.. tahap permainan dua2 team ni lebih kurang sama.. game mmg rancak.. separuh masa pertama bola banyak dikawal paraguay.. tapi masa 2nd half dapat tgk sebaliknya.. Then, dorg terikat seri 0-0.. ada banyak cubaan bbahaya utk jaringkan gol, tapi x menjadi.. boleh dikatakan, dua2 team terlalu kelam-kabut bila dah sampai depan gol.. so, terpaksa main dalam 30 minit extra time.. pastuh, masih tak de gol lagi.. jadi, ditentukan ikut sepakan penalti lah jawabnya.. 

keputusannya, Paraguay menang sebab dorg dapat sempurnakan kelima2 sepakan penalti & Jepun pulak ada miss 1 penalti by Komuno .. nak buat macam mana, bola tuh bulat, anything can happened kan lagi2 bila amek penalti. dia amik penalti pon dah kira hebat la tuh sebab bukan semua pemain berani nak amek sepakan tuh...maka, ini bermakna tak ade lah wakil Asia yg akan main untuk quarter final world cup 2010.. & sejarah hari ini merekodkan Paraguay buat pertama kalinya dalam sejarah bola sepak dorg, dapat masuk ke quarter final world cup..tahniah2.. :) bila lah team bola sepak Malaysia nak masuk pulak??..hurmm..

p/s: kt nye favourite player dlm game ni; Honda (JPN) :)) he's man of the match.. & dia nampak cool lah~ hehe
                                                                    *Keisuke Honda*

29 June 2010

Netherlands v Slovakia

Netherlands v Slovakia
(2-1)

thanks to Arjen Robben yg jaringkan gol 1st masa minit ke-18.. hari ni barulah dia dapat main masa 1st half..yelah, disebabkan dia x berapa fit sebelum ni, so asyik jadi pemain substitute jerr.. gol ke-2 masa minit ke-80.. gol ni hasil dari sikap Kuyt yg tak selfish langsung utk nak jaringkan gol sorg2 coz dia pass bola to Sneijder utk golkan.. bagus2.. bukannye macam sesetengah pemain tuh *x kesah la mana2 team*,, klu depan gol, asyik nak bolot bola utk dia sorg jerr.. pastuh, mnyesal sebab x dapat golkan..hehe.. tapi game ni, oranje macam kurang agresif sikit larr..~ Slovakia pulak saat2 terakhir b4 wisel tamat, dowg dapatlah pulak amek penalti sebab si goalkeeper oranje ter'cemas' sikit kat dpn gol tadi,, free2 je die dapat kad kuning... Vittek yg amik penalti utk Slovakia n dapat lah 1 gol untuk Slovakia.. xpelah,, bagilah 1 gol tuh kat dowg sebab ni dah pusingan kalah mati n dah sah2 oranje menang.. :) lepas ni oranje akan jumpa samada brazil or chile.. wooo~

                                                    men of the match: kuyt & sneijder

28 June 2010

England kalah?!!

 England v Germany
 (1-4)
bila dua pasukan pilihan bertembung dlm pusingan kalah mati, of course 1 je yg akan layak gi next round kan.. tulah yg jadi bile England v Jerman.. kecewa gak lah bila england kalah 4-1 (wlpn dlm world cup my feveret team adalah Belanda ttpi dah kate suke tgk EPL kan,, sure nak tgk gak dorg dpt gi at least semi-final)..  masa 1 st half ada kontroversi gol sikit..gol lampard yg sepatutnya dikira masuk tapi x dikira sbb linesman x nampak *bola laju sgt masuk gol n melantun  kluar balik* ,huh.. pe nak buat kan.., (lepas ni fifa kne letak linesman kat blakang gawang gol pulak) tapi 2 nd half nampak sangat England nyer defend mmg sgt2 poor lah wlpn dpt kt tgk posession ball banyak kat dorg.. tulah main passing2 banyak sangat patutnya banyakkan attack jerr..haiiyoo.. jerman lak pandai wat perangkap.. asal corner kick england jer,,klu bola terlepas, jerman cepat2 rampas bola tuh n bawak lari .. pandai2.. apa2 pun, dlm game ni, rooney mcm hilang rentak jerr..apa sudah jadi eh~  

                                               sumber gambar: berita harian

info terkini:

Germany akan jumpa ngan Argentina dlm quarter final...*sebab Argentina kalahkan Mexico 3-1..gol dorg pon ada kontroversi sikit coz masa 1st gol by Tevez, rasenye dia offside..tapi referee kata gol dikira..*

27 June 2010

kelebihan bulan Rejab

tgh duk syok2 ngan musim world cup ni, sama2 lah kt sume sedar (especially yg b'agama Islam) yg skang dah masuk pertengahan bulan Rejab .. x lame lagi bulan Syaaban , then pastuh bulan Ramadhan.. sape2 yg x ganti puasa lagi, silalah ganti cepat2 ye..hehehe..

Dalam Bulan Rejab ni, ada beberapa kelebihan kalau kita berpuasa sunat.. 

boleh baca kat bawah ni :

KELEBIHAN BULAN REJAB :

Rasullullah s.a.w. bersabda;
"Puasa 1 hari pada bulan Rejab seperti puasa 40 tahun dan diberi minum air dari syurga"

Rasullullah s.a.w. bersabda;
"Puasa 1 hari pada bulan Rejab seperti mengerjakan ibadat seumurnya (sepanjang umurnya)."

Rasullullah s.a.w. bersabda;
"Puasa 3 hari dalam bulan Rejab, dijadikan parit yang panjang yang menghalangkan dia ke Neraka (panjangnya setahun perjalanan)"

Rasullullah s.a.w. bersabda;
"Sesiapa berpuasa 3 hari ada bulan Rejab dan beribadat pada malamnya (berjaga)seperti dia berpuasa 3,000 tahun,diampunkan baginya 70 dosa-dosa besar tiap-tiap hari, ditunaikan 70 hajat ketika keluar nyawanya daripada jasadnya,70 hajatnya di dalam kuburnya, 70 hajat ketika terbang suhuf (ketika Quran dinaikkan ke langit) 70 hajat ketika ditimbang amalannya di Mizan,70 hajat ketika berlalu di atas titi Sirotolmustaqim."

Rasullullah s.a.w. bersabda;
"Puasa 4 hari dalam bulan Rejab akan diafiatkan dia daripada bala dan daripada penyakit yang besar-besar, dan daripada fitnah dajal pada hari Kiamat."

Rasullullah s.a.w. bersabda,
"Puasa 5 hari pada bulan Rejab, aman daripada azab kubur." 

Rasullullah s.a.w. bersabda;
"Puasa 6 hari pada bulan Rejab, keluar dari kubur bercahaya mukanya."

Rasullullah s.a.w. bersabda;
"Puasa 7 hari dalam bulan Rejab akan ditutup daripadanya 7 pintu Neraka."

Rasullullah s.a.w. bersabda;
"Puasa 8 hari dalam bulan Rejab akan dibuka baginya 8 pintu Syurga."

Rasullullah s.a.w. bersabda;
"Puasa 9 hari pada bulan Rejab keluar dari kuburnya lalu tidak ditolak dia dari masuk Syurga."

Rasullullah s.a.w. bersabda;
"Puasa 10 hari pada bulan Rejab, dijadikan 2 sayap, terbang seperti kilat diatas titian Sirotulmustaqim pada hari Kiamat."

Rasullullah s.a.w. bersabda;
"Puasa 10 hari pada bulan Rejab, Allah akan menjadikan baginya hamparan perhentian di titian Sirotulmustaqim pada tiap-tiap satu batu."

Rasullullah s.a.w. bersabda;
"Puasa 15 hari pada bulan Rejab adalah sama seperti berpuasa 100,000 tahun."

Rasullullah s.a.w. bersabda;
"Puasa 16 hari pada bulan Rejab akan dapat melihat wajah Allah di dalam syurga,dan akan menjadi orang yang pertama menziarahi Allah didalam Syurga."

Rasullullah s.a.w. bersabda;
"Puasa 19 hari pada bulan Rejab akan dibina baginya sebuah mahligai di hadapan mahligai Nabi Ibrahim dan Nabi Adam."

Rasulullah s.a.w. bersabda;
"Puasa 20 hari pada bulan Rejab, diampunkan segala dosanya yang telah lalu. Maka mulailah beramal barang yang tinggal daripda umurnya (pembaharuan umur)."

Rasullullah s.a.w. bersabda;
"Puasa bulan Rejab, wajib baginya diampunkan dosanya yang lalu, dipeliharakan Allah umurnya yang tinggal dan terlepas dari dahaga pada hari Kiamat."

Rasullullah s.a.w. bersabda;
"Puasa pada awal Rejab,pertengahan dan akhirnya seperti berpuasa sebulan pahalanya"

Rasullullah s.a.w. bersabda;
"Orang yang lemah dari berpuasa pada bulan Rejab hendaklah bersedekah tiap-tiap hari sekurang-kurangnya sebuku roti"

Rasullullah s.a.w. bersabda;
"Sesiapa melapangkan kekeruhan, kesusahan dan kepicikan orang Mukmin pada bulan Rejab dikurniakan Allah kepadanya mahligai yang besar di dalam syurga Firdaus"

Rasullullah s.a.w. bersabda,
"Bulan Rejab Syahrullah (bulan Allah) diampunkan dosa orang yang meminta ampun dan bertaubat kepada Allah."

renung2kanlahh yea.. :) 

pusingan ke-2

hari ni dah masuk 2nd round utk world cup 2010.. maknanya dah start la pusingan kalah mati..woooo~
so dimulakan dgn game South Korea v Uruguay
malangnya, wakil Asia ni kalah 2-1 & Luis Suarez jadi double scorer utk Uruguay (1 gol utk 1st half & 1 gol masa 2 nd half) .. game malam ni mmg interesting sgt.. posession bola bnyk kat Korea.. & dorg pun bnyk mnyerang lagi2 masa 2nd half tapi defend Uruguay mmg agak liat sikit.. wlpn Uruguay menang utk game ni, tapi kt tau,, dowg letih gile main ngan Korea ni.. Laju betul .. hihi.. Uruguay jadi 1st country yg dapat masuk quarter final pulak lepas ni.. maybe lawan USA or Ghana.. 

                                                            man of the match; luis suarez

26 June 2010

update tgh malam

Da terlepas beberapa match world cup untuk di update dlm blog.. bukannya sebab x tengok bola tapi da lama x bukak blog disebabkan atas alasan2 tertentu i.e balik kampung, da habes praktikal(dkat ofis rajin bukak tenet,,dah duk umah malas pulak =p), broadband hilang dlm umah sendiri a.k.a misplace ..heheehe

So hari ni, mood nak update ada balek..

Tadi tgk Brazil v Portugal

Dah agak,,mesti seri punya.. tgk2 betul.. 95 minit duk dpan tv untuk tgk result 0-0.. ok lah.. dua2 sama kuat..portugal banyak kne free kick n brazil lak bnyk amik corner arini.. kira balance lah tuh.. & dua2 dapat gi pusingan ke-2 wlpn ivory coast menang 3-0 klu x silap lwn korea utara.. (sbb Portugal mng 7-0 lwn korea utara aritu so bnyk lah gol difference nyer)

17 June 2010

ada ke perempuan Melayu Terakhir?

tibe2 teringat, ada la satu hari tuh, time tengah dok meng google,, tiba2 terbaca ada org tulis 'pakai kain batik boleh jadi kurus!!' huh??!! betul ke ni.. macam tak percaya jerr.. dia ni cakap camtuh sbb dia kate, cuba tengok org dulu2,, pinggang dorg ramping2 jerr.. sebab nye dorg rajin pakai kain batik.. pakai kebaya ngan kain batik, duk rumah pakai kain batik, mandi pun berkemban ngan kain batik.. hurmm.. (maybe sebab dorg ikat ketat kot)

cakap pasal kain batik, ramai budak2 zaman sekarang ni tak reti pakai kain batik especially yg duk kat bandar.. tak dinafikan, kt pon salah sorg daripadanya..hehe.. akan pakai kain batik pun kalau dibuat kain untuk baju kurung or yang sewaktu dengannya (nasib baik pakai baju kurung).. tapi kadang2, pakai jugak kain batik ni masa ada waktu2 yang terdesak.. contohnye, kalau duk kat hostel/asrama, seluar2 semua dah habes hantar dobi or tengah cuci..then, yg tinggal hanya kain batik.. jadi, nak atau tak, terpaksa lahh.. 

ada lah beberapa ayat melucukan daripada kawan2 yang pernah kt dgr kalau kt pakai kain batik contohnya, "eh2..dia pakai kain batik.. x sangka!!"  ayat ni seolah2 menunjukkan kalau kt pakai kain batik, ia akan jadi macam salah satu daripada keajaiban dunia larr..hahaha..

pernah jugak masa duk asrama dulu, weekend je, mesti gi umah kakak abah a.k.a maklong ..then ada sekali tuh, maklong bagi kain batik untuk pakai kat rumah dia.. mula2 dapat, tersengih je lah depan dia, then time nak pakai kain batik, dia cakap, "laa, nape ikat kain batik macam ikat kain pelikat tuhhh.." jawapan kt senang je, "selalu tgk abah buat camni.." hahahaa.. lawak2.. nasib baik makcik sendiri.. (tapi tuh dulu masa zaman skolah..skang da reti ikat sikit sebab dah belajar ikat-melalui pengalaman ;p)

kata dah reti ikat,tapi nape x nak pakai kalau duk rumah.. jawapannya, reti ikat, tapi ikat main taram je lahh... kang takut terburai pulak..hahaha.. lagi satu jawapan, adalah sebab tak biasa.. dari kecik biasa pakai seluar kalau duk umah..

hari tuh pun, baru je bersembang ngan bff pasal mende ni.. die gi terengganu n belikan souvenir utk kt n lg sorg bff.. saje je mengusik,,"nape x belikan kain batik utk ktrg??".. n dia pon jawab, ''ala korg bukan reti nak pakai pon"..hahaa..die pon 2x5 okayy..=p

selalunya orang akan cakap, nanti bila dah kahwin pandai la tuh pakai kain batik.. ye ke?? entah..lu pikirlah sendiri.. 

p/s: kalau betullah pakai kain batik boleh membantu dalam pengempisan perut n merampingkan pinggang, sure lah lepas ni ramai budak2 muda akan pakai punyer.. hehehe

Missing: Nisha Chandramohan

pagi2 sebelum keluar rumah, sempat tgk MHI..
kebetulan tengah keluar pasal Nisha Chandramohan (dalam post sebelum ni ada dimasukkan)..
budak ni baru berumur 2 tahun & dia hilang sebab nenek saudara dia yg ada masalah mental bawak dia keluar kat area Mentakab,Pahang..
Then, family dia dapat jumpa nenek tuh tapi yang malangnya, Nisha tak ada..
dia belum pandai nak berjalan, so, agaknya mungkin ada orang tolong jagakan kejap kot (think +ve)
kesian kat Nisha ni, dia ada penyakit sawan, so mmg perlukan ubat.. klu dia x makan ubat, nanti sakit dia lagi teruk..

so, bagi sape2 yg tgh jaga Nisha sekarang ni, harap dapat lah pulangkan balik kat family dia..
sedih dengar mak Nisha sampai menangis merayu spy anak dia dipulangkan..

ATAU 
kalau ada sapa2 yg terjumpa, call la parents Nisha tuh..
dgr cerita, ada pulak yg buat PRANK kat num fon parents Nisha nih..
Janganlahh.. 
Org tuh tgh dalam kesusahan,korg wat main2 pulak..
SEBAGAI RAKYAT MALAYSIA YG PRIHATIN, cuba korg bygkan klu benda ni jadi kat korg, sure sedih...

so to those with information can contact her father Chandramohan at
016-935 3400 

terima kasih.

Spain v Switzerland

Spain v Switzerland
(0-1) 
pada separuh masa pertama, dapat kt tgk yg game ni macam berat sebelah..bukan berat sebelah dari segi pengadilan perlawanan ke apa, tapi maksud kt penguasaan bola lebih kepada Spain. possession Spain lebih 60% rasenye and Switzerland pun banyak main defend je.. 

tapi, bila masuk 2nd half, Switzerland pun mula bangkit dari abu!!! (eyt,,tuh mcm tajuk lagu pulak =p) ..dorg pon dah banyakkan attack.. yelah,klu tak, si iker casillas boring jugak dok sorg2 kat gol tuh.. then, minit ke-52, agaknya defend Spain macam ada leka sikit (sebab dorg lebih pk nak menyerang),, Fernandes dapat skor goal untuk Switzerland.. Gol ni boleh dikatakan sbg gol berdarah, sebab muka Pique (Spain) ade luka sikit lah hasil dari kecoh2 kat depan gawang tadi >>b4 masuk gol (haiiyoo) .. Bile Torres masuk, bnyak gak die try rembat kat depan gol,,tapi malangnya asyik tersasar je.. David Villa pon same.. dah bukan rezeki, nak wat camne kan..

hepi betul Switzerland ye dapat kalahkan Spain..yelah,,ranking fifa 24 kalah kan yang nombor 2.. hebat tuh.. anyway, tahniah kat goalkeeper Switzerland, Benaglio, sbb cekap jugak lah dia ni.. :) btw, prasan jugak dalam match ni, Spain x de dapat kad kuning pun.. Switzerland kena sampai 4, nampak sangat dorg main bersungguh2 sgt.. berbaloi lah kirenye..

p/s: eh2, Torres potong rambut.. nampak lain..patut lah mcm x perasan dia tadi mase duk kat bangku simpanan tuh.. Puyol jugak yg still mengekalkan kekerintingan rambut die tuh.. hehe..i looiiike :)) 

                                             *Spain, tlg jgn salahkan Jabulani yerr ;)*

16 June 2010

Tolong Cari : Budak Hilang

(gambar) Family anguish: Chandramohan and Wong appealing to the public for the return of their missing daughter while showing medication and a leg brace belonging to her at a press conference at the MIC Youth headquarters in Kuala Lumpur Tuesday 
(sumber:the star online)

perhatian kepada semua: 
Nisha Chandramohan, 2 tahun, HILANG!!.
kali terakhir ditemui di rumahnya, Mentakab,Pahang.
Nisha dilaporkan hilang ketika dibawa berjalan-jalan oleh ibu saudaranya yang mempunyai masalah mental pada pukul 6 petang Jumaat lalu.

                                                                Nisha Chandramohan
 
sape2 yang ada maklumat mengenai kanak-kanak itu diminta menghubungi bapanya, M. Chandramohan di talian 016-935 3400 atau mengunjungi mereka di Nombor 2, Jalan Bukit Bendera 20, Taman Bukit Bendera, Mentakab.

Terima Kasih..

saya nak cuti!!!

Dah lame dah kt teringin nak gi backpacking.. 
sebenarnye dah banyak kali wat plan, tapi tak jugak jadi2.. maybe sebab kekangan masa kot. 

Yelah, nak pegi time cuti semester ni, tak boleh sebab kena wat praktikal pulak.. nak pegi tahun depan, macam dah busy sebab dah naik tahun 4.. mesti sibuk punyelah sebab dah nak grad kan next year.. haiiihh, jadi bila lah nak pegi ni.. (biasalah,kita hanya mampu merancang tapi Tuhan yang tentukan)

Backpacking ni best kalau pegi ngan member yang sanggup nak gi kat tempat2 yg low cost budget.. (yelah, ada orang tak boleh sebab mementingkan standard..tapi, ada aku kesaahh!!;p) 

sebab tujuan utama backpacking bukannye nak shopping sakan.. tujuannye maybe lebih kepada nak melawat tempat orang.. so, maybe boleh booking hotel atau motel yang murah2 (tapi selamat), pastuh, klu area tuh dekat, tak yah naik flight; train atau bas saja lah.. then, baju pun tak perlu nak bawak banyak2.. sekadar cukup untuk diisi dalam backpack.. takkan lah kalau nak gi backpacking siap bawak beg troli yang besar2 tuh pulak kan..hehe..

Tempat-tempat yg kt teringin nak pegi backpacking (buat masa ni) :

1. Jalan-jalan seluruh Malaysia (dari perlis sampai lah ke sabah)

2. Singapura

Nape ade dua jerr?? (sebabnye ni pun x buat lagi..hehe)

p/s: Banyak pulak perancangan nak cuti ye Cik Dilla.. kalau macam ni, baik amik kos Tourism jer, awat hang amik law..hahahaa….

15 June 2010

kalendar student ukm

Fakulti Kegiatan Semester I
Tarikh Tempoh
FEP Pendaftaran Diri Pelajar Baru  & Minggu Mesra Pelajar (MMP) 4 Julai - 9 Julai 2010 1 minggu
FKAB
FPEND Perkuliahan 12 Julai - 8 Sept 2010 9 minggu
FPI Cuti Pertengahan Semester/Cuti Perayaan 9 Sept - 19 Sept 2010 1 minggu
FST Perkuliahan 20 Sept - 20 Okt 2010 5 minggu
FSKB Cuti Ulangkaji
FSSK Peperiksaan 25 Okt - 14 Nov 2010 3 minggu
FTSM Cuti Semester 15 Nov - 19 Dis 2010 5 minggu
FUU
FFARM

ni untuk: semester 1 2010/2011

cuti-cuti malaysia

Tengah duduk termenung pagi2 ni, tiba-tiba teringat memori masa snorkeling di Sabah (i.e Pulau Sapi & Pulau Manukan) tak lama dulu.. Terasa best sangat bila dapat tgk keindahan alam semulajadi dalam laut.. tgk batu karang,ikan2 yang comel, air laut yang biru2 kehijauan etc.. memang tak dapat dinafikan, masa tengah snorkeling tuh, boleh khayal seketika kerana terlalu memuji indahnya ciptaan Allah. jiwa pun rasa tenang dan damai sangat.. harap sangat lepas ni akan berpeluang untuk menyelam a.k.a diving pula. Di Malaysia ni kan banyak pulau-pulau yang cantik utk buat aktiviti diving.

Menurut magazine.virtualmalaysia.com, terdapat 12 tempat menyelam paling menarik (12 great dive sites) di Malaysia iaitu:

1. Pulau Sipadan, Sabah

2. Pulau Mabul, Sabah                                                
3. Pulau Layang-layang, Sabah                                         
4. Pulau Tioman, Pahang (considered as one of the most beautiful islands in the world)
5. Pulau Redang, Terengganu
6. Miri, Sarawak
7. Pulau Tenggol, Terengganu
8. Labuan, Sabah
9. Pulau Perhentian, Terengganu 

10. Pulau Kapas, Terengganu
11. Pulau Aur, Johor
12. Pulau Payar Marine Park, Kedah 

                                                         *gambar dari sabah.gov.my*

so, jom cuti-cuti Malaysia !!! :)) (bilalah agaknya??..)

                  *rama-rama Pulau Tioman pun nak enterprem kat entri ni..hehehe*

tgk berita ni:

    Whale sharks sighted in Pulau Tenggol

    By R.S.N.MURALI

    KUALA TERENGGANU: Terengganu is excited over the sighting of a school of whale sharks close to the shore of Pulau Tenggol, off Dungun waters near here recently.
    The state now has big plans to promote the island as a whale-watching hub.

    Gigantic: A whale shark spotted in Pulau Tenggol in Terengganu.
     
    State Tourism, Culture, Heritage and Arts Committee chairman Datuk Zaabar Mohd Adib said the largest fish in the animal kingdom was first sighted by an Italian diver two weeks ago. “This was probably the first appearance of the distinctively-marked giant fish so near to land. “It was seen swimming close to the shore of Pulau Tenggol and people could see the shark from the beach,” he said.
    Zaabar said the Italian with 25 years of diving experience told state officials who met him to gather information that he was overwhelmed by the encounter. 
    “This was the first time that the Italian had seen whale sharks so close to our shores.” Zaabar added that he had sought the Italian’s help to provide more underwater pictures of the fish that was spotted close to Rajawali Reef, a rocky wall that stretched as deep as 32m under the sea. 
    He said the whale shark could grow up to 12.2m in length and weigh up to 13.6 tonnes. This shark species, believed to have originated about 60 million years ago, is found in tropical and warm oceans and can live for about 70 years. Zaabar stressed that they were gentle giants.
    He said that he would propose to the state government to develop Pulau Tenggol as a whale-watching hub. “The island is a beautiful diving paradise and has been dubbed the ‘Mini Sipadan’,” he added. Pulau Tenggol, approximately three-kilometre long and two-kilometre wide, is about a 45-minute boat ride from the Kuala Dungun jetty.
    Zaabar said that apart from the whale sharks, other species such as batfish, black-tip reef sharks, parrot fish, giant stingrays and leopard sharks were also found in waters surrounding the island. 

    my comment: 
    syoknya kalau dapat berenang sama2 ngan shark..weeeee..selalu tgk dalam National Geographic jerr...hehehe :))
     
    *sumber: thestar.com.my (28/8/2009)*

    14 June 2010

    Netherlands v Denmark

    Netherlands v Denmark
    (2-0)
    pada separuh masa pertama perlawanan, dapat dilihat penguasaan bola oleh kedua-dua pasukan hampir 50-50. gol pertama kepada skuad The Oranje adalah hasil jaringan sendiri Poulson (Denmark) pada minit ke-46 (thanks Poulson).. mungkin rezeki memihak kepada skuad Belanda kerana jika dilihat, sebenarnya Poulson nak clearkan bola tetapi bola yang ditanduk terkena pada badan rakan sepasukannya dan melantun ke dalam gol sendiri. ish ish ishh.. :) gol kedua dijaringkan oleh Dirk Kuyt pada minit ke-86.. Bola 'Jabulani' tersebut sebenarnya disepak oleh Elia ke gawang gol tetapi terkena tiang.. Luckily, Kuyt ada di depan gawang dan merembat bola tersebut dan GOAAAALLLL!!!! hehehe..

                                                               *sneijder; man of the match*

    Pesanan kepada Van Marwijck, jentera pertahanan Belanda mcm ada longgar sikit lahh.. tolong check ye lepas ni (of course, he knows better than me~)  :))

    p/s: entri ni macam ada terlebih excited sikit.. maybe (u-know-why) :)

    latest news: Shaheizy Sam

    SELAMA ini saya hanya mendengar kehebatan lakonannya dalam filem Adnan Sempit yang memegang rekod filem paling tinggi kutipannya sehingga kini (RM7.8 juta), tetapi tidak berpeluang bertemunya depan mata.

    Apa yang saya dengar, anak bongsu pelakon Khaty Fauziah dan juga adik pelakon putih gebu, Zizie Ezette sekali gus adik ipar Ahli Parlimen Kinabatangan, Sabah, Datuk Bung Mokhtar Radin ini seorang yang komited dengan kerjayanya sebagai pelakon dan bukan mengejar glamor.

    Shaheizy Sam, pemuda berwajah serius tetapi siapa sangka mampu menggeletek penonton melalui filem komedi Adnan Sempit. Lakonannya cukup berkesan hingga ada peminat yang menonton lakonannya dalam filem Evolusi KL Drift 2 dan Niyang Rapik The Movie, tergelak mengingatkan wataknya dalam Adnan Sempit. Hakikatnya, dalam KL Drift 2, Sam memegang watak jahat manakala Niyang Rapik adalah filem seram tetapi orang masih boleh ketawa. Begitulah kuatnya pengaruh watak Adnan Sempit dijayakan Sam kepada penonton.

    Kalau Adnan Sempit ditayangkan tahun lalu, pasti Sam boleh menang Pelakon Filem Lelaki Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2009 (ABPBH2009) yang berlangsung 4 April lalu. Sam bukanlah pelakon baru kerana mula menceburi dunia lakonan sejak usia kanak-kanak lagi tetapi 2010 menjadi tahunnya menuai hasil cukup lumayan. Boleh juga dikatakan dapat durian runtuh. Itulah tuah namanya.

    Kesempatan bertemu Sam ketika pelancaran filem terbarunya, Kongsi, baru-baru ini memberi peluang untuk mengenali anak muda ini. Apabila berbual dengannya, saya tambah kagum kerana Sam berbeza dengan pelakon muda lainnya.

    Apabila ditanya bagaimana wataknya sebagai Tumulak dalam filem arahan Farid Kamil itu, agak lama dia berfikir sebelum memberi jawapan dengan kata-kata yang begitu berhati-hati. Sam seperti cuba menterjemahkan bayangan watak yang tergambar dalam fikirannya melalui kata-kata. Katanya, dia mahu paparkan watak itu sebagai lelaki nakal dan suka bergaul seperti dirinya tetapi waktu sama seorang yang jahat. Selama dua minggu dia memikirkan bagaimana mahu tampilkan Tumulak di layar perak dan penampilan sebenar hanya akan dipaparkan Sam pada hari pertama penggambaran. Dia memberi bayangan tampil 'bersepah' untuk watak pembunuh upahan yang membuatkan polis bingung dengan kes pembunuhan di kalangan kumpulan kongsi gelap di Kuala Lumpur.

    Filem terbaru MIG Productions Sdn Bhd ini memulakan penggambaran pada 29 Mei lalu di sekitar Lembah Klang dan ia dikatakan filem aksi komedi lain daripada lain sentuhan kedua Farid selepas V3: Rempit Jalanan. Sudah tentu Sam membawa kejayaan kepada Adnan Sempit menjadi sandaran menjayakan filem ini dan tentunya Sam boleh letak harga. Paling penting, dia bukan saja popular tetapi membuktikan kemampuannya menjayakan watak diserahkan.

    Ciri pelakon hebat memang ada pada Sam seperti berbual dengan Eman Manan kerana dia akan berfikir dulu membayangkan wataknya, berbeza dengan kebanyakan pelakon, bercerita sebagaimana watak dipaparkan dalam skrip. Sam cuba mencipta kelainan bagi setiap watak dilakonkan agar tidak sama dengan lakonan yang pernah dijayakan. Katanya, dia suka menyamar menjadi orang tertentu dan buat betul-betul hanya untuk cerita itu saja. Ada pelakon, kita lihat lakonannya sama dalam beberapa drama. Sudahlah penampilan sama, cara lakonan juga sama hingga ada penonton keliru kerana melihatnya dalam drama lain yang disiarkan di stesen televisyen lain.

    Sebabnya, pelakon itu ambil tawaran berlakon lebih dari satu drama atau filem hingga berkejar-kejar dari satu lokasi ke satu lokasi. Bagaimana hendak tampilkan kelainan, nanti konti lari pula. Berbeza dengan Sam, hanya ambil satu tawaran dalam satu masa kerana baginya lakonan satu pekerjaan dan dia tunaikan tanggungjawab diberikan sebaik mungkin. Itulah rahsia untuk kekal lama dalam industri seperti Sam mula berlakon sejak kecil hinggalah sekarang. Ada sesetengah pelakon, rembat saja peluang yang datang ketika nama sedang di puncak populariti. Tapi, berlakon puluhan drama tiada satu pun yang boleh diingat penonton. Beberapa pelakon muda lainnya turut pegang prinsip sama seperti Remy Ishak dan Tizz Zaqyah yang melonjak naik melalui drama bersiri Nur Kasih yang mencatat fenomena paling ramai penonton. Kini mereka sibuk di lokasi penggambaran filem Nur Kasih pula. Sebagai pelakon baru, Remy dan Tizz boleh lihat sendiri nasib pelakon lain kalau tamak terima apa saja tawaran. Paling penting bagi Sam, hidup perlu naik dari satu tangga ke satu tangga. Begitu juga bayaran berlakon, perlu ada peningkatan selaras dengan pengalaman dan komitmen diberikan.

    Tapi mungkin ramai tidak tahu, sebenarnya watak Adnan Sempit yang membawa kejayaan kepadanya, tidak disukai Sam.

    Baginya watak komedi kurang memberi kepuasan kepadanya kerana dia terpaksa menyuntik sesuatu yang tidak logik atau sesuatu yang dibuat-buat. Ia bukan sesuatu yang jujur dari dirinya. Malah Sam tidak sanggup menjayakan watak komedi slapstik kerana bukan jiwanya tetapi suka komedi situasi yang lawaknya hadir melalui keadaan sekitar. Dia impikan watak berhadapan masalah mental kerana boleh paparkan lakonan di luar kotak fikiran manusia biasa. 

    my comment:

    Shaheizy Sam mmg berbakat..x dapat disangkal lagi.. sume watak dia boleh bawak; kelakar, siyes, jahat, nerd, baik dll.. dia bukan mengharapkan rupa semata2 macam kebanyakan pelakon2 baru zmn skarang!! all the best Shaheizy Sam!! -luv-

    dilema

    Bila kita tidak mempunyai minat dalam bidang yang diceburi, seringkali kita akan berasa malas atau tidak bersungguh-sungguh dalam membuat pekerjaan tersebut. apa jua kerja yang diberikan tidak dibuat seikhlas hati ( sekadar untuk menyiapkannya sahaja) dan kadangkala dirasakan seperti ada sahaja benda yang tak kena. Lama-kelamaan, akan timbullah rasa kebosanan melampau yang teramat sangat dan pada masa ini, banyak perkara yang berlegar-legar dalam kepala i.e rasa menyesal kerana tersilap langkah, sedih bila mengenangkan mak ayah, kecewa kerana tidak membuat perkara yang diminati, was-was tentang masa depan dan sebagainya..
    memang tak sepatutnya ada rasa macam ni.. tinggal setahun saja lagi untuk habiskan study dan dapatkan degree..Macam manalah nak atasi masalah ni ye.. aduhh..huhu..
    -Dalam dilemma-

    13 June 2010

    Algeria v Slovenia

    Algeria v Slovenia
    (0-1)
    kedua-dua pasukan ni boleh dikira antara team yang underdog pada perlawanan piala dunia kali ini. pada 1st half perlawanan, boleh dikatakan Algeria ada kawalan, tapi tak cukup kemas. defend Slovenia pula mcm longgar. Skuad Algeria bermain dgn 10 org pada pertengahan separuh masa kedua disebabkan Ghezzal dilayangkan kad merah. Slovenia seakan2 mensia-siakan peluang yg ada apabila pertahanan mereka diuji dengan cubaan menjaringkan gol oleh Algeria. Namun, pada minit ke-79, Kapten Slovania, Koren, berjaya menjaringkan gol yg pertama.nampaknya sekarang ni, Slovenia berada pada kedudukan teratas dalam group C. 

    p/s: sy hny akan dpt bg ulasan ringkas perlawanan klu ada kesempatan tgk match tsebut je..

    lambat update

    England v USA
    (1-1)
    Gerrard (captain) jaringkan gol pada minit ke-4 utk England tapi kegembiraan tu tak kekal lama sbb Clint Dempsey (USA) dpt jaringkan gol pada minit ke-40 disebabkan kecuaian goalkeeper England,Robert Green..

    12 June 2010

    result; Argentina v Nigeria

    Argentina v Nigeria
    (1-0)

    Heinze (Argentina) menanduk masuk gol seawal minit ke-6 mengatasi Korea yang pada perlawanan sebelum ni menjaringkan gol waktu minit ke-7.. dari awal nampak yang Argentina menguasai perlawanan. Namun, Nigeria bertindak pantas selepas tuh untuk menguatkan bahagian pertahanan mereka. Messi banyak membuat cubaan berbahaya untuk menjaringkan gol namun pujian harus diberikan kepada goalkeeper Nigeria.Game kali ni boleh dikatakan antara yang menarik & best :)

    Result; Korea Republic v Greece

    Korea Republic v Greece (2-0)
    Goal oleh Lee Jung Soo (minit ke-7) and Park Ji Sung (captain okay!!:)) masa 2nd half..
    perlawanan kali ni nampaknya di control Korea.. so, other team, u better watch out yahh!! Korea bermain dgn agak laju this time.. nice game & superb !!..

    result bola

    lupe pulak nak update match malam tadi kaan..;

    South Africa v Mexico (1-1)
    Tshabalala jaring gol yg boleh dikatakan cantik jugak larr utk africa & gol tuh juga menjadi gol sulung untuk Fifa World Cup 2010!! (minit ke-55).. then, Mexico samakan jaringan hasil sepakan Rafael Marquez..

    btw, sukelah tgk Santos(Mexico) main.. agak bagus jugak la dia ni.. :)

    France & Uruguay (0-0)
    Evra (MU) jadi kapten France kali ni..ingatkan Henry yg jadi.. bnyk cubaan nak gol tapi x menjadi.. dua2 sama kuat.. defend uruguay pun bagus.. patutnya France amik kesempatan bila Uruguay kurang sorg pemain sbb kena red card tapi peluang tuh dowg sia-siakan.. apa-apa pun,, tunggu game lepas ni pulak :))

    p/s: hari minggu ni je lah ramai dapat tgk bnyk match..klu hari biasa mst tak berpeluang sbb hari esoknye bekerja..kang mata lebam pulak bangun awal2 pagi..hehe..

    isu semasa ;)

    hari ni baca paper, terkejut bile tgk isu beberapa individu yg dah dilucutkan Darjah Kebesaran dorg (Darjah Mahkota Johor).. so, maknanya gelaran Datuk dorg dah ditarik lahh ..

    antara orang2 nya; adik ipar Sultan Johor iaitu Komander Shaftdean, Datuk Seri Chua Jui Meng (ex-health minister) n Datin Paduka Sharifah Mazlina (yg pegi kutub utara kutub selatan tuu)..

    Penarikan Darjah Kebesaran ni kuasa mutlak Sultan Johor mengikut kuasa baginda bawah fasal 12 Undang-undang & Peraturan bagi Darjah Mahkota Johor dan Fasal 7 (f) Bahagian Kedua Undang-undang Tubuh Kerajaan negeri Johor 1985.. tetapi, sbab2 penarikan tuh xde pulak disebut.. iyalah,, mesti xnak didedahkan utk x mengaibkan sesiapa..

    hurrmm,, selama ni kan, selalu terbaca ramai yang dapat gelaran Datuk..tgk mcm sng je kan utk dapat.. tapi,, jgn lupe,, mesti lahh ada jugak peraturannye bile dah dpt gelaran2 tuh.. Lu pikirlah sendirii.. :))

    -sekian-

    *sumber: berita harian & kosmo*

    *teringin nak gi antartica*
    (gambar hiasan semata2; dari www.planetearthdvd.info)

    11 June 2010

    kick off

    vs

    pukul 10 malam ni,
    semua duk prepare dpan tv!!
    klu yg ade jersi, pakai la sekali..hehe..
    sure ade gak yg gi tgk kat mapley, kat sri hartamas,
    kat tmpat2 yg ade hdtv, etc
    best2.. tgk kat umah pun best..C:

    ok people!!
    be ready utk 1st match!!
    1st kick off!!
    South Africa v Mexico!!
    prrriiiiiiiiiiiiiiitttt *bunyi wisel* :))

    10 June 2010

    jadual utk Piala Dunia 2010 :))

    esok dah start world cup!!
    utk memeriahkan lg pesta bola ni, nak share ngn sume sdkit info larr..
    kat atas ni ; korg boleh refer jadual piala dunia 2010 (time Malaysia)..
    (trima kaseh to www.hafizmohd.com)

    && klu rasa x puas tgk, boleh download Jadual Perlawanan world cup 2010 (waktu Malaysia) klik di sini >> click here
    (thanx to carca-marba.blogspot.com & ziddu.com)

    enjoy!! :)

    demam bola dtg lagii !!!

    waka waka
    ( lagu rasmi world cup 2010)

    You're a good soldier
    Choosing your battles
    Pick yourself up
    And dust yourself off
    And back in the saddle

    You're on the frontline
    Everyone's watching
    You know it's serious
    We're getting closer
    This isnt over

    The pressure is on
    You feel it
    But you've got it all
    Believe it

    When you fall get up
    Oh oh...
    And if you fall get up
    Oh oh...

    Tsamina mina
    Zangalewa
    Cuz this is Africa

    Tsamina mina eh eh
    Waka Waka eh eh

    Tsamina mina zangalewa
    Anawa aa
    This time for Africa

    Saleem-Tinggal Kenangan (Lirik & official mtv)

    *1st time dgr lagu ni, trus suke ngan melodi die.. nice..*

    video

    *vid dari youtube*

    Tinggal kenangan-Saleem

    Pernah ada rasa cinta antara kita
    kini tinggal kenangan
    ingin kulupakan semua tentang dirimu
    namun tak lagi kan seperti dirimu

    oh bintangku
    jauh kau pergi meninggalkan diriku
    disini aku merindukan dirimu
    kini kucuba mencari penggantimu
    namun tak lagi kan seperti dirimu

    oh kekasih
    jauh kau pergi meninggalkan diriku
    disini aku merindukan dirimu
    kini kucuba mencari penggantimu
    namun tak lagi kan seperti dirimu

    oh kekasih
    pernah ada rasa cinta antara kita
    kini tinggal kenangan
    ingin kulupakan semua tentang dirimu
    namun tak lagi kan seperti dirimu

    oh bintangku
    jauh kau pergi meninggalkan diriku
    disini aku merindukan dirimu
    kini kucuba mencari penggantimu
    namun tak lagi kan seperti dirimu

    oh kekasih

    radhi ohh radhi

    dah lebih 8 tahun rupanya kt minat kat band oag..
    sbb dowg best.. lagu2 pon best..
    irama 60's crunchy pop fuzz mmg best..
    dsebabkan dowg mmg best, maka cd kaset dowg pon kt kumpulkan..
    time skolah dulu lg lahh, gambar dowg pon kt collect n simpan dlm file lagi..hikhik..

    zaman dah berlalu, bnyk pulak cerita pasal band ni esp vokalisnye radhi..
    semalam, secara rasminya, kat mahkamah syariah pj, radhi sah bercerai talak 1 dgn shazlin..
    hurmm..
    nak komen lebih2 pon x boleh, sbb ni rumahtgga org kan..
    Allah lebih tahu apa yg jadi..
    lgpon, dowg berpisah secara baik.. (baguslah)
    & hopefully, radhi n shazlin akan kekalkan hubungan baik demi rifdhi (anak)..
    sbg peminat, sentiasa mdoakan yg terbaik utk dowg.. amin..

    *radhi, nak dgr gak lagu limbo..bila mau kluar??~*

    radhi & lin bpeluk sblum pengesahan lafaz cerai
    (gambar dr utusan on9)

    p/s: penulis maseh simpan lg gambar kngn bsama radhi,shazlin n rifdhi.. -luv-

    comel

    "hye tom!! say cheese~~, "
    (gambar dr zimbio.com)

    semalam, baca paper kosmo yg dibeli dr gerai anney..
    tiba2, ada 1 berita yg betul2 buat kt rasa macam errmm, x tau macam apa..
    (forgive me sbb mengarut)
    cerita pasal suri cruise..
    anak kpd aktor tom cruise yg kacak lg menawan tuuhh..
    hehehe.. ( oops, sorry ye katie!! )
    berbalik kpd cite suri ni, dia mmg sgt3 bertuah la kata org..
    umur baru 4 tahun, tapi dah dpt ipad wa cakap lu!!!~
    (kau ada??!!!;p)
    ipad
    (gambar dr pintarpc.com)

    beruntung betul ye ko suri..
    dah la kiut miut.. ;)

    p/s: -penulis ttp bersyukur dgn apa yg ada-

    kisah semalam

    *gambar hiasan semata2*

    pagi yg indah, sblum masuk ke ofis, kakiku melangkah laju menuju ke arah gerai milik anney.. sambil membelek2 surat khabar utk nak dibeli, sorang pakcik pun dtg gak kat gerai tuuh..

    pakcik: "rokok gambar camel tuh 1!!.."
    anney : (bagi rokok kat pakcik tuh)
    pakcik: (sambil menyeluk poketnya utk kua kan duit)

    ka ching ..ka ching...*bunyi duit dlm poket pakcik*

    aku pulak bdiri tercegat kat blakang pakcik tuhh.. mnunggu nak bayar paper kosmo yg rm sehengget ni je.. (dlm hati,, "haaiisshhh lambat pulak pakcik ni ye..")
    kemudian;

    pakcik: "eeerrr, duit syiling pon boleh kan klu nak bayar.. (sambil mencari2 ag duit dlm poketnya) haaiihh,, entah cukup ke duit ni.. errm, beselahh, gaji bulan ni x masuk lagi.."
    anney: (sambil tersengih sinis..) n then, anney pon bersuara kpdku; "awak byr dulu lahh.."

    -sekian-

    moral of the cerita: klu x cukup duit, x yah lah nak beli rokok..baek lah simpan duit tuh utk benda lain.. >>pandangan penulis

    07 June 2010

    pelik tapi benar

    still ingat lagi, x lama dulu, masa tgk filem "the curious case of Benjamin Button", mmg terlintas dalam hati;"ada ke jadi kes2 manusia yg tua sblum umur mcm ni??..."

    tapi tadi bila terbaca kat Harian Metro pasal ada sorg budak perempuan ni (dkat London) yg baru berumur 7 thn sbnrnye, tp disebabkan dia ada penyakit Sindrom Hutchinson Gilford Progeria (HGPS), so akan tua 8 kali lagi cepat dr usia asal.. jadi, bila dia berumur 10 thn nnt, dia akan nampak spt dah berumur 80 tahun!!..Subhanallah.. kesian sgt.. nasib baik dia ada mak yg still syg dia w/pun keadaan dah macm tuh..yelah, sesetengah org, bile dapat zuriat yg kurg sempurna je, mulalah pinggirkan dowg.. ada pulak yg lemparkan hinaan, kutukan & x menerima kehadiran dowg.. mmg x patut.. dowg pon manusia jugak, ada hak utk disayangi & menyayangi..

    berbalik kpd cite penyakit pelik ni td, dlm paper tu jugak tulis, slalunye org yg menghidap penyakit ni akan dpt hidup smpai umur 13 thn je..

    macam2 eyh penyakit zaman skarang ni...hurmm..

    Serba-sedikit info mengenai HGPS:
    (dari website Progeria Research Foundation)

    HGPS is caused by a mutation in the gene called LMNA (pronounced, lamin - a). The LMNA gene produces the Lamin A protein, which is the structural scaffolding that holds the nucleus of a cell together. Researchers now believe that the defective Lamin A protein makes the nucleus unstable. That cellular instability appears to lead to the process of premature aging in Progeria.
    (click here untuk nak tahu lebih lanjut)

    05 June 2010

    Bola

    Holland
    berpesta goal tonite mse lawan Hungary
    >> 6-1 !! yeayy!!
    hari tuh bru je kalahkan Ghana 4-1..
    *wlpn baru friendly match jerr*
    all the best utk world cup 2010!!
    hidup Oranje!! ~
    =))

    01 June 2010

    dapat sepupu baru:))

    Alhamdulillah.. setelah menanti selama 9 bulan,
    akhirnya 31 mei, dlm pukul 4pm,
    our new family member keluar jugak:))
    congrats kpd maksu & paksu sbb dah dpt anak sulung:))

    baby girl 3.4kg lagi :))
    selamat datang ke dunia princess :))
    happy :))

    LinkWithin

    Related Posts with Thumbnails