Pages

click here

Best Multimedia Player
For DivX, HD and AVC video, movie, audio, DVD, YouTube

31 December 2010

2 kali lima 10

hari ni hari terakhir bagi tahun 2010.. tapi nothing special yg berlaku hari ni.. duduk rumah & terperap kat dalam bilik je lah sepanjang hari.. lagipun, hari ni x ada kelas.. public holiday sempena Malaysia menang Piala AFF Suzuki le katakan :)

masa bosan2 kat rumah sewa ni, bila dah x ada kerja nak dibuat *walaupun ada sebenarnya* , jadi kt pun sambunglah baca novel 2x5 yang amy *housemate + ex-roomate + coursemate +  bff* sewa daripada kedai novel kat warta Bangi.. kt ni jenis jarang baca novel.. selalunya, akan amik masa paling kurang lebih daripada 2 minggu atau sebulan untuk habiskan satu2 novel.. ringkasnya, kt ni bukanlah kaki novel & hanya akan baca novel kalau tengah ada mood jer.. tapi magisnya, novel 2x5 ni kt dapat habiskan baca dalam masa 3 hari.. mungkin sebab cara penyampaian cerita ni x terlampau berat, ayat2 senang nak paham n memang senang nak feel *gitewww*, cerita pun menarik n kena dengan jiwa *ececehhh* & also x membosankan :)

kesimpulannya, novel ni best la.. boleh buat kt tergelak sendiri, feeling2 menghayati watak & menangis tiba2..heheehe.. *promote2*

kalau nak tau lebih lanjut pasal novel 2x5 ni & penulis dia, sila klik sini  

p/s: tiba2 kt berangan nak jadi penulis novel.. hakhakhak.. bak kata member kt, "berangan xyah gune duit.. so berangan aje lah!!" ;p

30 December 2010

dolly2 kata Aaaaaaaaa ^_^

tarikh  : 29/12/2010
tempat: pusat kesihatan (PK) ukm
event   : minggu kesihatan pergigian

pada suatu hari  lepas kelas habis (dalam agak2 pukul 10am), kt & amy terus bergegas gi PK.. bukan semata2 disebabkan hari ini(29/12) merupakan hari terakhir utk program minggu kesihatan pergigian, tapi ktrg pegi ke PK ni pun sebab kebetulan amy sakit gigi.. biasalah, bila umur dah 21thn ke atas, gigi yg last2 pun mulalah nak tumbuh.. so, amy sakit gigi lah *pendek cerita*..

sampai2 je kat PK, ada kaunter untuk daftar bagi pemeriksaan gigi percuma.. kt yg x sakit gigi ni pun ameklah kesempatan utk mendaftar sama *dah beberapa bulan x jmpe dentist u ols!!*.. lagipun bukan payah nak kua kan duit ke hape kan.. check je lah.. free pulak tuh.. ade sesetengah org takut ak jumpe dentist.. ala,, dorg bukannya makan orang pun.. hehe..
num giliran kt 1314..& num time tuh 1313.. kejap bebenor le nak tggu.. x sempat nak duduk pun.. best2!! pastuh, bile dah masuk jumpe doc gigi,, lagi le sekejap.. bukak mulut, cakap dalam hati "Dolly2 kata Aaaaaaa". paastuh, dah siap.. 
dapat cenderahati lagi tau.. best2!!

ni lah cenderahati nyerr :)

pastuh, tgh tggu amy siap check gigi,, tetibe datang sorg akak ni kat kt.. dia  tanya duk kat hostel atau dok luar.. & jawapanku tentulah dok luar kan.. then, dia cakap, berminat x nak join survey.. ada student2 pergigian ni tgh wat projek course dorg kot.. then die bagi pamphlet.. 

*lepas baca*
 
owh.. utk kajian sciencefund sugar *wat2 macam tau jerr* :-
dalam pamhplet ada soalan,

adakah anda;
  • berumur 20-59 tahun = yes
  • warganegara Malaysia = of course!!
  • tidak mengandung = mengandung lemak ada larr..;p
  • tidak memakai pendakap gigi = oh yeahhh
  • masih mmpunyai gigi asal = x dinafikan lagi
  • menetap di sekitar lembah klang = ye, ini tanah tumpah darahku~
dengan menjawab dalam hati soklan2 di atas, disebabkan semua jawapan kt positif, maka kt layak utk join sama dalam kajian ni.. jadi Responden la kirenye~
dalam projek ni, kt akan dapat tau tahap pengambilan gula, komposisi tubuh & status kerosakan gigi tau..macam2 la kena buat..selain jawab soalan survey,responden akan diamik ukuran ketinggian, berat *aiiiyaaakk*, ukuran pinggang *eerrrk*, pastuh ada check gigi lagi *tapi yg ni lagi details* dll..  
siap dapat 2 berus gigi & duit RM15 lagi tau!!!!! PERCUMA!! 
yahooo.. dapat duit belanja :)) yeaaayyyy!! terima kasih klinik gigi PK :))  hehehe..  
*promosi berakhir 29/12*

dalam sampul coklat tuh ada RM15.. kt x tipuuuuu~

iheartmalaysia :)

berita yang paling menggembirakan seluruh rakyat Malaysia pada hari ini & akan menjadi penutup yang indah bagi tahun 2010 adalah apabila skuad Harimau Malaya (team bola sepak Malaysia) telah berjaya merangkul gelaran juara & dapat menjulang Piala AFF Suzuki 2010!!! hooo yeaaaahhhh!!

Tahniah K. Rajagopal, tahniah skuad bola sepak Malaysia, tahniah kepada semua penyokong, & tak lupa juga tahniah kepada pengkritik2 yg setia.. ahaks!!! tahniah juga kepada pasukan Indonesia.. permainan yg agak bagus walaupun ada banyak jugak terjahan dilakukan terhadap pemain malaysia.. btw, Bambang mmg ada style.. tapi, Safee Sali & shahrul idlan pun apa kurangnya,.. mmg best lah korg main.. Tahniah Safee sebab dapat penjaring terbanyak. mantap seh!! :) x lupa jugak kepada Apex.. dia mmg sayang bola :) hehe,.. 

walaupun untuk perlawanan final pertama kat Bukit Jalil tempoh hari, Malaysia dah menang besar 3-0 & kalau nak kalah/seri pada final kedua pun boleh sebenarnya, tapi jika dilihat di Stadium Bung Karno hari ni, nampak la yang team Malaysia still main dengan bersungguh2 & bukannya sambil lewa bagi memastikan kemenangan kekal di pihak kt.. Tahniah Malaysia.. improve kan lagi tahap permainan.. mana la tau, kalau2 ada rezeki, lepas ni dapat pulak masuk world cup kan.. *teringin jugak nak tgk* :)

Malaysia menang agregat 4-2

*gambar dari berita harian online*

p/s: PM siap isytiharkan jumaat ni (31hb) sbg cuti umum lagi :)) yeayy2

27 December 2010

cerita hari ini

Hari ini masih lagi rasa lenguh-lenguh badan sebab petang tadi seronok melompat2.. hehe.. pukul 5.45pm, kt ngan member serumah pun dah standby.. siap pakai kasut lagi..haha.. SEMANGAT!! Momentum untuk bersukan & beriadah di waktu petang tengah berkobar2 lagi ni, jadi, baik gunakan sebaik yang mungkin.. 

petang td, ktrg main GETAH lagi la kan.. mengalahkan budak kecik pulak..haha.. tapi tadi agak meriah sikit berbanding semalam sebab jumlah peserta bertambah. budak lelaki pun ada join *walaupun untuk seketika saje sebab dorang x lepas untuk melompat lebih tinggi dari paras pinggang ktrg* dorg ni tinggal dekat2 area umah sewa ktrg ni gak rasanya. Nampak gaya, dorg tertarik & terkesima tgk ktrg duk asyik melompat2 katak melepasi getah.. jangan risau, mereka baik.. budak sekolah rendah pulak.. hehe..

tapi, ktrg ade jugak tanye samada dorang tau x permainan apa ni.. & jawapan yg diterima agak mendukacitakan sebab dorg x tau apa permainan yg ktrg main.. hurmm.. memang betul tekaan ktrg..permainan tradisi makin dilupakan terutamanya oleh generasi2 baru.. jadi, adalah menjadi salah satu tanggungjawab kemasyarakatan ktrg untuk tunjukkan yg permainan ini belum pupus sepenuhnya.. *tapi sampai bila yek…*

p/s: sempat jugak main “rumah terbakar panggil bomba, bomba datang berlumba-lumba” *disebabkan kt & member2 kt berasal dari tempat/daerah/negeri yg berlainan, maka, versi lagu untuk permainan ni pun sangatlah berbeza.. apa2 jenis lagu pun, game ni memang meletihkan,menghiburkan & menyihatkan.. hehe.. sekian..

***************************************************

Dah beberapa hari kt melakukan sekatan makanan terhadap diri sendiri. Bukan disebabkan ada embargo, bukan juga disebabkan oleh masalah kebuluran.. namun ini semua adalah kesedaran diri sendiri untuk lebih berjimat-cermat di saat kesempitan wang.. 

walaupun tidak didorong oleh intrinsic motivation, namun, tindakan ni mungkin berbaloi jugak untuk menurunkan berat badan yang semakin bertambah.. bukannya parents x boleh bagi duit belanja tapi malas je nak mintak kat dorg.. x pelah, I will survive!! At least dapat jugak belajar berbelanja ikut kemampuan. 

Ni semua disebabkan biasiswa JPA yg masuk agak lambat kali ni.. pengumuman kat laman web u menyatakan sebelum perayaan krismas duit akan diberikan, namun sehingga ke saat ini, sezarah kuman pun belum dapat lagi.. nasib baik semester kali ni x banyak memerlukan buku baru lagi.. kebanyakannya sambungan daripada subjek semester lepas. Ini bermakna, buku2 sem lepas maseh boleh diguna pakai untuk sem baru ni.. *nasib baik*

Terima kasih JPA.. dah hampir seminggu kt menjamah mi goreng *segera*.. 

tapi, untuk hari ni (breakfast + lunch), kt hanya makan nasi lemak sepinggan.. dinner pulak; 2 keping roti gardenia, 1 paket sup cendawan dengan krouton (Campbells) yg dibeli sebelum masuk sem hari tuh & kuih lidah sumbangan sham dari sabah *sangat menyelerakan* .. Alhamdulillah.. 

kuih lidah yg diperbuat daripada tepung,gula,susu,planta etc ;) sedaaap!!

majulah sukan untuk diri sendiri ;)

jam pada laptop dah menunjukkan pukul 1.20am.. tapi kenapa x nak tidur lagi.. otak dah pejam sebenarnya tapi mata masih celik lagi.. badan pun dah keletihan sebab agaknya penat berjoging berskipping & main getah a.k.a zero point  petang semalam (26dec).. ye, MAIN GETAH!!!:) permainan masa zaman2 oldskool dulu.. hahaha.. seronok main ngan member2 serumah.. tapi kt akui,, dah x dapat nak selincah & seaktif masa zaman kecik2 dulu.. pancit beb!!! hhehehe... badan ni x adalah lenguh sangat sebab sebelum main ada jugak buat warm up.. lagipun, badan ni x delah terkejut sangat sebab petang kelmarin baru je berjalan2 berjoging sekitar ukm.. nak mengamalkan gaya hidup sihat le katekan.. hehehe.. *azam baru ni*  almaklumlah, sejak duduk umah sewa kat luar u ni,, macam berat je badan ni nak gi berjoging or bersukan.. ade je alasan & benda nak dibuat.. macam manalah oksigen tu nak sampai ke otak.. jadi, harap2 azam baru kali ni menjadi.. x nak lah hangat2 tahi ayam jer.. ;p

balik je dari bersukan (main tali skipping n main getah pun sukan tau) petang semalam/26dec, terus terpacak pulak depan tv.. sebab apa??!! sebab final pertama Piala AFF Suzuki 2010 lerrr.. kan Malaysia v Indonesia.. memang meriah rumah sewa ni..*perempuan pun minat bola tau!!* asal bola kat depan gol jer, dah menjerit bagai nak rak.. bila bola masuk gol, menjerit pulak sampai nak hilang suara.. haha.. semangat lah katakan.. walaupun x pegi tengok dekat stadium bukit jalil, tapi semangat still membara2 gitu.. tahniah skuad Harimau Malaya!! membaham & meratah Laskar Garuda habis-habisan tadi!! 3-0 memang pencapaian yg membanggakan.. bola sepak malaysia makin meningkat naik..kembalikan lah zaman kegemilangan bola sepak negara seperti suatu masa dahulu.. apa2 pun, jangan terlampau leka sebab final terakhir belum lagi.. all the best Malaysia!! MALAYSIA MEMANG BOLEH!!! :)

p/s: agak kecewa dgn segelintir penyokong bola yg x btanggungjawab dgn mnggunakan laser sesuka hati kat stadium tadi .. tolonglah jangan memalukan negara sendiri.. be professional la brader~

btw, EPL masih tidak dilupakan sama sekali.. sempat lagi check dekat website Man Utd (click here)... sbb kalau tgk schedule, dorg turun lawan sunderland.. tapi xtaulah kalau2 game cancel lagi pasal salji ker, krismas ker.. bila bukak je website, terus tersenyum lebar.. MU menang ler:) 2-0.. Berbatov yg jaringkan dua2 gol..
malam ni memang malam yg best:)

nak tidur dengan lena.. okie ^_^ sekian~ 

22 December 2010

pagi yg indah

Hari ni macam semalam dan kelmarin.. bangun awal pagi untuk pergi klas pukul 8 am.. tapi, kelas hari ni x sampai brapa minit pun,,dah habis.. lecturer masuk sekejap je & bla bla bla bla, tup tup tup dia kata,, “okay, hari ni sampai setakat ni je..” haiiihhh.. ktrg rasa macam baru je nak bernafas dalam dewan kuliah tuh, x kan dah habes kelas kot.. kerusi yg ktrg duduk pun x sempat pun nak panas lagi .. hurmmm,, nak wat camne kan,, beselah..lumrah minggu pertama bukak semester baru.. patutnye x yah ada kelas pun x pe.. 
tapi, x pelah.. lecturer nak mengajar ktrg semua rajin2 untuk bangun awal pagi ni.. sbb nanti kena biasakan diri jugak time bila dah masuk kerja kan..

huhhhh??!! KERJA!! Guuuulllllppppppppp~ *tiba-tiba risau*

20 December 2010

tengok Hantu Kak Limah Balik Rumah ;)

hari ni hari pertama kelas untuk semester terakhir. jadual kali ni memang padat. setiap hari kelas mula pukul 8am ye!!! hahaha *gelak terpaksa* ;p tapi tiba2 dapat tau, untuk kelas pertama hari ni, kelas mula pukul 9am.. dah la kelas sejam jerr.. satu kelas je pulak tuh.. so, dah habes kelas macam buntu pulak n xtau nak buat apa. al-maklumlah, assignment pun belum dapat lagi n even x belajar apa pun hari ni.. cuma lecturer juz bagi brief pasal subjek.. 
jadi, tanpa membuang masa lagi, lepas breakfast kat mapley, kt ngan member2 terus gerak gi alamanda.. nak tengok cerita 'Hantu Kak Limah Balik Kampung Rumah' .. ktrg kira bernasib baik sebab sampai2 je tengok tayangan cerita ni pukul 12.10 t/hari.. ktrg sampai dlm pukul 12 t/hari.. so, ngam2 lah kan..

walaupun hari biasa, tapi seat hampir full tau.. wow!! penangan hantu kak limah punye pasal.. hahaha..
mula2 cite ni macam agak slow sikit penceritaan die,, dah tengah sikit tuh baru lah lebih rancak n lebih kelakar sampai lah penghujung cerita.. watak awie, johan, ngan usop (yg suke bercakap sambil tangan mcm tgh menari tuh) mmg lawak giler!! hantu kak limah sendiri pun mmg klaka.. skrip die sng je sbb sikit sgt.. hehee.. x habes2 ngan lagu 'enjit-enjit semut, sapa sakit naik atas'... pastuh dialog2 yg dalam zombie kg pisang (filem sblum ni) pun ada digunakan balek & of course lah mmg boleh pecah perut bila dengar dorg cakap ''cuba cite,cuba cite''.. tambahan pulak dengan loghat kuala kngsar yg pekat tuh,, haiisshh,, mmg asyik nak gelak je.. ada jugak lawak yg x disangka2, contohnye time org kg menari poco2 masa nak tgkap hantu.. hahaha.. 

tetapi (ada tetapi pulak tuh!!), sbg seorang yg mmg suke tgk cite zombie kg pisang,, rasenye cerita 'hantu kak limah balik rumah' ni mcm agak kurang sikit komedinye berbanding zombie kg pisang & ada part2 tertentu yg dirasakan x payah ada kan pun x pe.. kisah percintaan mcm terlebih2 pulak kali ni.. & watak cik nin mcm org dah dapat sangka dari awal.. so, mcm kurg suspen sikit la.. tp ni cuma my opinion jer.. x taula viewers lain rase mcm mana.. terpulang lah kan.. kalau nak tau lagi kelakar atau x, kena tengok sendiri lah kan :)
apa2 pun, siapa yg suka tengok cerita untuk release kan stress, untuk happy2 & x nak cerita yg kena pikir apa ending or apa jalan cerita die, boleh lah tengok cerita ni.. mmg lawak :) 

p/s: nak tunggu filem 'kongsi' pulak.. "cubit sikit, jerit serupa pondan!" ;p

18 December 2010

ke Cameron Highlands (2)

Ahad, 12/12/2010

Syok je tido kat Cameron Highlands ni.. nyamuk pon xde.. sejuk je.. baru lah boleh feeling2 musim sejuk kat Malaysia.. hehe.. pagi2 mandi air panas.. syok betul... 

waktu pagi di Cameron Highlands~

ibu, makcik (adik ibu), aniq & dilla~

lepas sume dah mandi2 & siap2 berkemas, ktrg pon check out terus.. sebabnye, senang nak gi berjalan2 lagi.. x yah patah balik nak amik barang kan..

bye bye Sri Intan~

destinasi ktrg hari ni adalah Agro Technology Park Cameron Highland.. tempat ni agak baru lagi.. & memang best utk pegi.. ade kebun strawberi, epal, anggur, tomato, kobis etc.. nak amek gambar pun best kat sini ;) 

Strawberi kalau celup dgn chocolate,, ermmm nyumm3:)

Aniq & strawberi:)

tomato~

ni labu air kalau x silap~

lavender pon ada~

then macam biase ktrg mesti pegi smokehouse.. stakat amek gambar kat luar je lah.. tapi x lama, kejap je sebab hujan pulak...  last pit stop ape lagi kalau bukan utk membeli-belah sayur-sayuran & tgk2 bunga kat kedai bunga~

bunga ohh bunga~

dah puas berjalan ktrg pon balek rumah dgn hati yg riang dan gumbira!! hehe^_^
sekian~

p/s: selamat ber 'cuti-cuti Malaysia' :)

ke Cameron Highlands (1)

Sabtu, 11/12/2010

hari sabtu yg indah ni, pagi2 lagi ktrg dah keluar rumah.. gi mane lagi kalau bukan Cameron Highlands!!! yeaayyy~ abah kata sekarang ni, kalau nak gi Cameron Highlands macam naik bas je.. sebabnye,,abah kata cakap je bile nak pegi.. xyah plan,tapi terus pegi jerr.. hehe:) mentang2 die tau anak die ni suke gi berjalan;) ktrg gi hari ni pon sebab malam semalam (jumaat malam) abah tibe2 terasa nak kol apartment TM kat Cameron Highlands.. tup2 dapat pulak booked.. ape lagi..2 hari 1 malam la ktrg kat Cameron Highlands :) hehe~ memang dah slalu naik sini.. boleh kata tiap2 tahun.. xde banyak perubahan pon, cuma suhu je yg kerap berubah.. ade lah beberapa tempat baru,,tapi x banyak.. tempat yg wajib ktrg gi mestilah kat Ladang Teh :) tengok ape lagi kalau bukan tengok daun2 teh & of course membeli-belah beberapa kotak teh.. hehe

ladang teh yg menghijau..sejuk mata memandang~

ladang teh~

then, dah agak2 12.30 t/hari, ktrg pon gi check in kat TM Resort dulu..

Sri Intan Cameron Highlands~

pastuh, lepas dah selesai letak2 barang, ktrg keluar semula utk gi makan & terus berjalan2 melihat alam..

cactus~

putera katak~
tengok sarang lebah~

lepas dah berjalan2 sampai ke Brinchang & nak patah balik ke Tanah Rata,, tapi malangnye sesak teruk.. 3 jam ktrg duk dlm keta..dari 6.15pm sampai 9.15pm.. padahal jalan x jauh mana pun,,dlm 8 km je pun.. selama pegi Cameron Highlands,, arini lah traffic jammed paing teruk sekali..haaiiisshh.. dah la lapar.. nasib baik pasar malam ade makanan lagi.. walau bagaimanapun, malam ni memang sejuk gilerr ngan angin kuat yg bukan sepoi-sepoi bahasa lagi dah.. nasib baik x hujan..kalau x, beku akaakkk!!hehehe..

ke Pulau Pinang (3)

Khamis, 9/12/2010

hari ni masa utk amek Wazini kat asrama.. haha.. kesian die kena duk extra 1 hari kat asrama.. naseb baek member2 die ade lagi yg x balik, so die ok jerr.. x sangke, pejam celik die pon dah habis zaman persekolahan & dah nak melangkah ke alam matriks/universiti.. cepat betul masa berlalu.. so hari ni ktrg cuma pegi MRSM Kepala Batas utk amek Wazini yg dah semestinya x sabar2 nak balik rumah utk habiskan waktu2 cuti sebelum die kene gi PLKN pulak 4/1/2011 nanti..hehe.. *die lah org pertama dlm adik beradik kt yg kene PLKN ;p good for him,maybe~*

Wazini (tengah) & member2 skola die~

Wazini & Abah :)

ke Pulau Pinang (2)

Rabu,8/12/2010

Hari ni Wazini abes SPM.. tapi dlm pukul 3.30pm baru die habis paper biologi .. so, sambil2 nak tunggu die, xkan lah nak duduk rumah je kan.. adik2 abah ajak gi round2 Penang.. dari Bukit Bendera yg tgh renovate (kecewa), ktrg pun gi ke Taman Rama-Rama.. otw tuh, sempat jugak singgah ke Pantai kat Tanjung Tokong.. saje singgah2 cuci mata tgk laut.. hehe... *ade la jugak mat2 saleh yg tengah berbikini bottom kat pantai tuh..haiiishhh* 

mari tengok laut~
Sekejap je kat pantai tuh sbb t/hari kan.. panas pulak tuh.. sbb arini xde pulak plan nak mandi laut.. kalau bawak baju lebih,, dah lama terjun ni.. hehehe.. then, ktrg pon teruskan perjalanan gi Penang Butterfly Farm.. entrance fee kat taman rama2 ni x ingat la bope.. skang ni,,pegi mane2 sume kene bayar.. x leh ke bagi free je.. baru lah menarik minat ramai lagi org utk dtg.. x gitu??!! Hehe.. btw, Danish & Dhaniyah (cousins) lah org yg paling happy skali.. yelah, time kt budak2 dulu pun kt hepi sgt kalau dapat berjalan2 kat tmpat2 camni.. best la jugak walaupun tempat die xde lah besar mana.. penuh dengan bunga.. yelah,, kalau x, mane nak ade rama-rama kan.. I <3 rama-rama.. chanteekk :) 

Rama-rama

mari tengok rama2~
Dhaniyah & Danish :)

Lepas dah berjalan2, ktrg pun terus gi makan t/hari kat Balik Pulau.. rumah adik abah lg sorg.. abah memang ramai adik beradik yg duk kat Penang ni.. then,lepas tuh balik semula kat Bayan lepas (umah adik abah yg ktrg tumpang bermalam).. ktrg 1 family ingat nak amik Wazini malam ni & terus balik KL.. tapi adik ipar abah ajak ktrg gi jalan2 dulu malam ni.. kt on jerr bab2 jalan ni.. hehehe:) so, ktrg batalkan plan amik Wazini malam ni & decide amik die esok.. malam ni ktrg gi berjalan2 kat Queensbay dulu.. 1st time masuk Queensbay mall tau~ pastu pi makan supper kat mapley-restoran Kapitan dekat ngan Queensbay Mall ni :)

Queensbay, Pulau Pinang

Xmas fever kat Queensbay Mall:)

dine at kapitan :)

17 December 2010

ke Pulau Pinang (1)

Selasa,7/12/2010

Memang kebetulan minggu ni abah dah cadang untuk balik kampung kat Taiping .. & sepatutnya pada tarikh ni ktrg gi pulau pinang dulu (umah adik abah) & lepas amik wazini (adik) dari mrsm kepala batas sbb spm dah habes, then baru bercadang terus balik bercuti kat taiping.... tetapi kebetulan,, nenek abah meninggal dunia & plan pun berubah .. lepas dah 1 malam ktrg bermalam kat kampung, abah decide yg ktrg akan gi pulau pinang hari ni (7/12) sebab adik-beradik abah pun nak balik rumah masing2.. kirenye konvoi sekali lah.. lepas makan t/hari, semua dah bersiap2 nak bertolak.. sedih hati ni nak tinggalkan Opah ngan Tok Wan & kampung.. utk pengetahuan sume,, kt mmg sangat suka duk kat kg,.. maybe sbb suasana die kot… & lagi best bila ada ramai2 kat umah kampung.. makan apa pun, semua rasa sedap sbb makan ramai2.. lain rasanya..

Okey, lepas sume dah siap, ktrg pon bertolak lah ke pulau pinang.. dah lama kt x gi pulau pinang.. rindu pulak rasenye.. selalu abah ngan ibu je yg pegi.. kt x sempat nak ikut.. disebabkan excited, dalam keta pun sempat snap pic…

pic dari atas jambatan pulau pinang *keta tgh gerak time ni,,so main amik jerr..hehe*

Sampai2 je kat pulau pinang, ktrg sempat lagi singgah kat Pesta Pulau Pinang.. ni 1st time kt gi.. abah pulak kata, dah berpuluh2 tahun die x gi Pesta Penang.. kali terakhir die pernah pegi time die bujang dulu.. wahh,, lama gituu.. memang best lah gi Pesta ni.. macam2 barang ada jual.. murah2 pulak tuh kalau nak compare dengan harga kat kl & s’ngor.. best2!! Lain kali kalau datang kat P.Pinang & kalau time tuh ade Pesta lagi,, sure pegi punye..!! fun fair pun ade tapi setakat tgk je.. lagi berminat utk usha2 barang.. hehehe…

nampak meriah kan Pesta ni..memang pun!! :)

Memang syok x hengatttt bile berjalan2 kat sini ..hehe.. lagi syok bile pegi ramai2 camni :)

ke kampung halaman

Okehh.. I’m back.. gituuuu ;) bile dah beberapa hari berehat drpd tulis dalam blog, time nak mula balek tuhh kena cari mood nak menulis dulu… sebabnye,, kt bukannye jenis yg sentiasa rajin nak menaip ni.. kalau lah boleh rekod je suara & masukkan dalam blog,.. haiisshh pemalasnye.. hehe.. tapi nanti takde sape pulak kan yg sanggup nak mendengar ;p

Orait.. nak mula dgn cite yg lama dulu ahh (takde arr lame mane,, minggu lepas jerr)

Isnin, 6/12/2010

Pagi2 lagi lepas subuh, ktrg sekeluarga dah siap2 nak balik kampung abah.. nenek abah meninggal & nak kebumikan hari tersebut lah.. sepanjang perjalanan,, ade je panggilan dari ofis abah.. urusan keje lah ape lagi kan.. kesian abah,, die dah la nak cepat.. yelah,, kalau boleh memang nak tengok jenazah buat kali yg terakhir la kan sebelum dikebumikan.. tapi malangnye, tak sempat sebab bila ktrg sampai je kat kampung dalam pukul 11am (kalau x silap), adik-beradik abah gitau yg jenazah dah dibawa ke kubur.. terasa ralat lah jugak kan, tapi nak buat macam mana.. nasib baik sebelum ni abah memang rajin bawak ktrg sekeluarga pergi ziarah Tok Nek masa die sakit.. sebab abah xnak ktrg yg muda2 ni lupakan yg tua.. yelah,, kalau die takde, ktrg yg genersai baru2 ni pun mungkin x wujud kan..

Jadi, ktrg pun terus lah gi kubur kan. . at least, dapat gak dgr talkin sekali.. masa imam tuh baca talkin kat kubur,, terasa sayu je hati ni.. ayat2 talkin memang boleh menginsafkan.. nak nangis pun ada sebab yelah sapa tak takut mati kan.. tapi setiap yg hidup mesti akan mati & dunia ni sementara je.. terkesan lah jugak kat dalam hati ni.. tujuan talkin pun sebenarnye selain sbg ayat2 terakhir kpd si mati,, mmg utk bg peringatan utk yg hidup kan.. Wallahualam.. semoga roh Tok nek akan ditempatkan di kalangan roh orang2 yang beriman. Amin..

06 December 2010

pergi tak kembali

Harap maaf. Tiada sebarang entri akan dimasukkan ke dlm blog ini buat sementara waktu kerana penulis akan pulang ke kampung halaman abah (Taiping) menjelang subuh esok hari..

Ini adalah disebabkan oleh berita yang baru diterima oleh keluarga penulis bahawa moyang perempuan penulis (mak kepada opah a.k.a opah/nenek kepada abah) telah kembali ke rahmatullah pada jam lebih kurang 8pm tadi .. 

Semoga rohnya dicucuri rahmat & ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman.. Amin

Al-fatihah~

p/s: masa untuk mengemas baju sekarang ..

01 December 2010

sebut biar betul

bila buat entri sebelum ni tajuk tongue twister, tiba2 teringat main buaya biawak dgn member2.. haha.. lawak2..

so, mari belitkan lidah sendiri.. 
kalau hebat, sebut & ulang ar perkataan ni laju2.
jangan sampai tersekat2 okay!!
(pilih yg mana 1 kesukaan korg) ;
  1. buaya biawak
  2. buaya buaian biawak
  3. ular lari lurus 
  4. cuka kicap
  5. Kakak ku kata kuku kaki ku kotor, ku kikis kuku kotor kaki ku
  6. she sells seashells by the seashore
  7. The big black bug bit the big black bear, but the big black bear bit the big black bug back!
(kalau nak tengok bahasa2 lain & banyak lagi tongue-twisters, CLICK HERE)

tongue twister

tgh duk google2 kat internet,tiba2 terbaca ni: Taumatawhakatangihangakoauauotamateapokaiwhenuakitanatahu
 
sapa dapat baca perkataan di atas ni tanpa berhenti & kemudian ulang sebut sambil tutup mata (maknanya, tak tengok la ejaan ni) ,, memang hebat ahh.. hehe ..

jangan risau, ni bukanlah jampi serapah atau mentera beradu ke hape ke.. 

Sebenarnya Taumatawhakatangihangakoauauotamateapokaiwhenuakitanatahu adalah antara nama tempat yang terpanjang sekali kat dalam dunia ni.. ni perkataan orang Maori bagi untuk sebuah bukit ni.. 

maksud perkataan ni, ''The summit where Tamatea, the man with the big knees, the climber of mountains, the land-swallower who travelled about, played his nose flute to his loved one.'' (to know more, click HERE)

nama ni siap masuk Guinness World Records lagi yerr.. untuk sape2 yang teringin nak pergi tapi x tau kat mana, bukit ni terletak dekat dengan Porangahau, South of Waipukurau di Selatan Hawke's Bay, New Zealand.

mesti korang pelik kan, orang kat sane sanggup ke menyebut nama ni panjang2.. mcm payah je.. heehe.. 

contoh ayat:
''cik bedah nak gi mane tuh??" 

lalu cik bedah pun jawab,"nak gi Taumatawhakatangihangakoauauotamateapokaiwhenuakitanatahu lerr!!"

maka, berbelit lah mulut cik bedah menyebutnye.. hehe.. ni contoh jer yg dah di translate kan ke bahasa melayu ;p 

kat sana, local people panggil Taumata jer.. haaaa, kan senang nak menyebut.. hehe .. nak tau lebih lanjut, bacalah kat sini >> http://www.hawkesbaynz.com/Visit/abouthawkesbay/Maori-Legends/

ni ler tempatnye..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails