esok ada pulak hal nak kena pergi
pesuruhjaya sumpah a.k.a commissioner for oaths.. sebelum ni ada jugak pergi cari pesuruhjaya sumpah
(masa kerja di shah alam), tapi takkanlah nak drive (35 minit perjalanan dari rumah) pergi shah alam semata-mata nak
dapatkan sign & cop sumpah utk sehelai dokumen.. haiihhh...
takkanlah tak ada pesuruhjaya sumpah
berdekatan dengan rumah kan...
bila taip kat google untuk nak cari
alamat pesuruhjaya sumpah, macam-macam pulak yang keluar. ada info yang tak
relevan langsung..
jadi, kt akan tunjukkan cara paling
mudah nak cari alamat pesuruhjaya sumpah :-
- mula-mula, pergi ke laman web Malaysian Bar. klik pada Directories & klik pula pada Commissioner for Oaths
- kemudian,anda akan dibawa ke laman web rasmi pejabat ketua pendaftar mahkamah persekutuan Malaysia . buatlah carian kat kotak "search commissioner for oaths".. nak lagi spesifik, taip kat kotak keyword tuh, tempat mana yang nak dicari, contohnya sungai buloh
- nanti, result dia akan keluar.. dapatlah cari maklumat dan contact no. pesuruhjaya sumpah berdekatan dengan rumah.. selesai ;)

