Pages

click here

Best Multimedia Player
For DivX, HD and AVC video, movie, audio, DVD, YouTube

14 June 2010

latest news: Shaheizy Sam

SELAMA ini saya hanya mendengar kehebatan lakonannya dalam filem Adnan Sempit yang memegang rekod filem paling tinggi kutipannya sehingga kini (RM7.8 juta), tetapi tidak berpeluang bertemunya depan mata.

Apa yang saya dengar, anak bongsu pelakon Khaty Fauziah dan juga adik pelakon putih gebu, Zizie Ezette sekali gus adik ipar Ahli Parlimen Kinabatangan, Sabah, Datuk Bung Mokhtar Radin ini seorang yang komited dengan kerjayanya sebagai pelakon dan bukan mengejar glamor.

Shaheizy Sam, pemuda berwajah serius tetapi siapa sangka mampu menggeletek penonton melalui filem komedi Adnan Sempit. Lakonannya cukup berkesan hingga ada peminat yang menonton lakonannya dalam filem Evolusi KL Drift 2 dan Niyang Rapik The Movie, tergelak mengingatkan wataknya dalam Adnan Sempit. Hakikatnya, dalam KL Drift 2, Sam memegang watak jahat manakala Niyang Rapik adalah filem seram tetapi orang masih boleh ketawa. Begitulah kuatnya pengaruh watak Adnan Sempit dijayakan Sam kepada penonton.

Kalau Adnan Sempit ditayangkan tahun lalu, pasti Sam boleh menang Pelakon Filem Lelaki Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2009 (ABPBH2009) yang berlangsung 4 April lalu. Sam bukanlah pelakon baru kerana mula menceburi dunia lakonan sejak usia kanak-kanak lagi tetapi 2010 menjadi tahunnya menuai hasil cukup lumayan. Boleh juga dikatakan dapat durian runtuh. Itulah tuah namanya.

Kesempatan bertemu Sam ketika pelancaran filem terbarunya, Kongsi, baru-baru ini memberi peluang untuk mengenali anak muda ini. Apabila berbual dengannya, saya tambah kagum kerana Sam berbeza dengan pelakon muda lainnya.

Apabila ditanya bagaimana wataknya sebagai Tumulak dalam filem arahan Farid Kamil itu, agak lama dia berfikir sebelum memberi jawapan dengan kata-kata yang begitu berhati-hati. Sam seperti cuba menterjemahkan bayangan watak yang tergambar dalam fikirannya melalui kata-kata. Katanya, dia mahu paparkan watak itu sebagai lelaki nakal dan suka bergaul seperti dirinya tetapi waktu sama seorang yang jahat. Selama dua minggu dia memikirkan bagaimana mahu tampilkan Tumulak di layar perak dan penampilan sebenar hanya akan dipaparkan Sam pada hari pertama penggambaran. Dia memberi bayangan tampil 'bersepah' untuk watak pembunuh upahan yang membuatkan polis bingung dengan kes pembunuhan di kalangan kumpulan kongsi gelap di Kuala Lumpur.

Filem terbaru MIG Productions Sdn Bhd ini memulakan penggambaran pada 29 Mei lalu di sekitar Lembah Klang dan ia dikatakan filem aksi komedi lain daripada lain sentuhan kedua Farid selepas V3: Rempit Jalanan. Sudah tentu Sam membawa kejayaan kepada Adnan Sempit menjadi sandaran menjayakan filem ini dan tentunya Sam boleh letak harga. Paling penting, dia bukan saja popular tetapi membuktikan kemampuannya menjayakan watak diserahkan.

Ciri pelakon hebat memang ada pada Sam seperti berbual dengan Eman Manan kerana dia akan berfikir dulu membayangkan wataknya, berbeza dengan kebanyakan pelakon, bercerita sebagaimana watak dipaparkan dalam skrip. Sam cuba mencipta kelainan bagi setiap watak dilakonkan agar tidak sama dengan lakonan yang pernah dijayakan. Katanya, dia suka menyamar menjadi orang tertentu dan buat betul-betul hanya untuk cerita itu saja. Ada pelakon, kita lihat lakonannya sama dalam beberapa drama. Sudahlah penampilan sama, cara lakonan juga sama hingga ada penonton keliru kerana melihatnya dalam drama lain yang disiarkan di stesen televisyen lain.

Sebabnya, pelakon itu ambil tawaran berlakon lebih dari satu drama atau filem hingga berkejar-kejar dari satu lokasi ke satu lokasi. Bagaimana hendak tampilkan kelainan, nanti konti lari pula. Berbeza dengan Sam, hanya ambil satu tawaran dalam satu masa kerana baginya lakonan satu pekerjaan dan dia tunaikan tanggungjawab diberikan sebaik mungkin. Itulah rahsia untuk kekal lama dalam industri seperti Sam mula berlakon sejak kecil hinggalah sekarang. Ada sesetengah pelakon, rembat saja peluang yang datang ketika nama sedang di puncak populariti. Tapi, berlakon puluhan drama tiada satu pun yang boleh diingat penonton. Beberapa pelakon muda lainnya turut pegang prinsip sama seperti Remy Ishak dan Tizz Zaqyah yang melonjak naik melalui drama bersiri Nur Kasih yang mencatat fenomena paling ramai penonton. Kini mereka sibuk di lokasi penggambaran filem Nur Kasih pula. Sebagai pelakon baru, Remy dan Tizz boleh lihat sendiri nasib pelakon lain kalau tamak terima apa saja tawaran. Paling penting bagi Sam, hidup perlu naik dari satu tangga ke satu tangga. Begitu juga bayaran berlakon, perlu ada peningkatan selaras dengan pengalaman dan komitmen diberikan.

Tapi mungkin ramai tidak tahu, sebenarnya watak Adnan Sempit yang membawa kejayaan kepadanya, tidak disukai Sam.

Baginya watak komedi kurang memberi kepuasan kepadanya kerana dia terpaksa menyuntik sesuatu yang tidak logik atau sesuatu yang dibuat-buat. Ia bukan sesuatu yang jujur dari dirinya. Malah Sam tidak sanggup menjayakan watak komedi slapstik kerana bukan jiwanya tetapi suka komedi situasi yang lawaknya hadir melalui keadaan sekitar. Dia impikan watak berhadapan masalah mental kerana boleh paparkan lakonan di luar kotak fikiran manusia biasa. 

my comment:

Shaheizy Sam mmg berbakat..x dapat disangkal lagi.. sume watak dia boleh bawak; kelakar, siyes, jahat, nerd, baik dll.. dia bukan mengharapkan rupa semata2 macam kebanyakan pelakon2 baru zmn skarang!! all the best Shaheizy Sam!! -luv-

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails